Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Khamenei berkata bahawa negara Iran tidak runsing dengan keputusan pilihan raya A.S dan sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang cabaran yang mungkin akan timbul rentetan keputusan itu.
"Tidak seperti mereka di sebahagian pelusuk dunia yang sedang bersedih atau bergembira berikutan keputusan pilihan raya di A.S, kami tidak akan bersedih atau merayakan natijah pilihan raya itu. Keputusan itu tidak bermakna apa-apa kepada kami," kata beliau di Tehran pada hari Rabu.
"Kami tidak bimbang dan dengan rahmat Allah, kami bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran yang akan timbul," kata Pemimpin Tertinggi Iran kepada penduduk Isfahan yang hadir di Tehran dalam sebuah pertemuan dengan pemimpin dunia itu.
"Kami tidak punya sebarang pandangan khas tentang plihan raya ini kerana Amerika adalah Amerika dan kedua-dua parti yang ada adalah parti yang sama yang telah bekerja selama 37 tahun lepas yang mana perkara itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada kami," kata beliau lagi.
Beliau juga berkata bahawa pilihan raya itu menandakan masalah dalaman yang dialami oleh Amerika seperti kemiskinan dan lain-lain.
16 November 2016 - 18:30
News ID: 792402
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Khamenei berkata bahawa negara Iran tidak runsing dengan keputusan pilihan raya A.S dan sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang cabaran yang mungkin akan timbul rentetan keputusan itu.